NOTA KATA BANTU ASPEK

Untuk memudahkan anak murid memahami penggunaan kata bantu aspek, cikgu telah menyediakan beberapa contoh gambar animasi yang berkaitan. Marilah kita lihat bersama-sama...

Berikut adalah contoh penggunaan ayat perkataan kata bantu aspek: 
  • akan - menunjukkan sesuatu yang akan berlaku. 
Contoh: Adik saya akan menggunakan jejentas untuk melintas jalan raya  
              dalam perjalanan ksekolah.   
  • belum - menunjukkan perbuatan yang belum dilakukan atau belum berlaku. 
         Contoh: Mei Ling belum menyedari kepentingan menjaga keselamatannya sendiri. 

  • sedang - menunjukkan sesuatu perkara yang masih berlaku. 
  

Contoh: Jia Wei sedang melintas jalan dengan menggunakan lintasan belang. 

  • mula - menunjukkan sesuatu perkara yang sedang berlaku. 





 

Contoh: Kereta di jalan raya mula bergerak apabila lampu isyarat menyala hijau.  

  • masih - menunjukkan sesuatu perkara yang sedang berlaku. 
         Contoh: Pemandu kemalangan itu masih dalam perlarian. 

  • baru - menunjukkan sesuatu yang baru sahaja berlaku. 
                            

 Contoh: Kemalangan kereta yang serius baru berlaku. 

  • pernah - menunjukkan sesuatu perkara yang sudah berlaku atau telah dialami. 
         Contoh: Borhan pernah mengalami kemalangan jalan raya pada minggu lepas. 

  • sudah - menunjukkan sesuatu perkara yang telah dilakukan dengan sempurna. 
         Contoh: Ibu saya sudah melaporkan kejadian kemalangan jalan raya itu kepada polis. 

  • telah -  menunjukkan masa sesudah sesuatu perkara berlaku. 
        Contoh: Orang yang cedera dalam kemalangan jalan raya itu telah dihantar ke hospital 
                      untuk rawatan. 

Sila klik butang nota kata bantu ragam di bawah. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan