NOTA KATA BANTU RAGAM


Untuk memudahkan anak murid memahami penggunaan kata bantu ragam, cikgu telah menyediakan satu contoh gambar grafik tentang langkah-langkah menjaga keselamatan di jalan raya. Marilah kita lihat bersama-sama...
Dalam gambar grafik tersebut, terdapat lima contoh ayat dengan menggunakan perkataan kata bantu ragam iaitu hendak, mesti, harus dan patut. 

Tahukah anak murid tentang maksud setiap perkataan kata bantu ragam ? Cikgu juga telah memberikan contoh berdasarkan gambar grafik tersebut. Marilah belajar bersama-sama...

Berikut adalah contoh penggunaan ayat perkataan kata bantu ragam: 

  • hendak -  menunjukkan keinginan terhadap sesuatu. 
         Contoh: Kita haruslah menggunakan lintasan belang yang disediakan di jalan raya
                      apabila kita hendak melintas jalan raya. 

  • mahu -  menunjukkan keinginan terhadap sesuatu. 
         Contoh: Ahamad mahu membantu orang tua buta itu melintas jalan raya. 

  • harus -  menunjukkan keperluan terhadap sesuatu. 
         Contoh: Orang ramai haruslah menggunakan jejantas apabila hendak 
                       menyeberang jalan raya untuk mengelakkan kemalangan. 

  • mesti -  menunjukkan keperluan terhadap sesuatu. 
         Contoh: Murid-murid sekolah mestilah beratur semasa hendak menaiki bas sekolah 
                       supaya tidak berlaku kemalangan. 

  • boleh -  menunjukkan kemampuan atau kemungkinan. 
         Contoh: Ibu bapa boleh menunjukkan cara-cara menggunakan papan tanda jalan raya 
                      dengan betul di hadapan anak mereka. 

  • dapat -  menunjukkan kemampuan atau kemungkinan. 
         Contoh: Kejadian kemalangan jalan raya dapat dikurangkan sekiranya kita
                       mematuhi peraturan lalu lintas. 

  • enggan -  menunjukkan ketidakinginan terhadap sesuatu. 
         Contoh: Aminah enggan memakai tali pinggang keledar semasa menaiki kereta bapa 
                      setiap kali. 

  • patut -  menunjukkan keperluan terhadap sesuatu. 
         Contoh: Pemandu dan penumpang kereta patut memakai tali pinggang keledar 
                untuk mengurangkan kecederaan jika berlaku kemalangan. 

  • mungkin -  menunjukkan sesuatu yang belum ditentukan/dipastikan. 
         Contoh: Bas sekolah mungkin datang lambat kerana kerosakan enjin. 


Tahniah kerana semua anak murid telah selesai pembelajaran tentang kata bantu aspek dan kata bantu ragam. Klik butang ujian untuk menguji kefahaman anak murid atau baca semula nota. Semoga berjaya ! ! ! 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan